Thursday, May 8, 2014

Hudud?

Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin berbincang serba sedikit tentang undang-undang hudud. Buat pengetahuan pembaca sebenarnya hudud tiada di dalam al-quran tetapi terdapat banyak ayat al-quran yang berkisarkan undang-undang syariah. Yang banyak ialah tentang qisas. Hudud merupakan salah satu cabang dalam bidang hukuman jenayah syariah. (Sila betulkan jika saya salah).
Sebab tu Tun Mahathir menolak hukum hudud dan mengatakan bahawa ia tak ada dalam al-Quran.
Dalam surah al-Baqarah ayat 178 misalnya, ada ayat tulis tentang kewajipan melaksanakan qisas. Surah al-Maidah ayat 45 dan seterusnya. Dan ini menjadi bukti bahawa sebagai orang yang beriman, Islamic law ini memang wajib ditegakkan.
Dapat kita lihat kecoh media massa apabila kerajaan Brunei akan mrlaksanakan hukum hudud. Banyak respons yang diterima. As usual, yang menyokong adalah orang-orang yang faham tentang significant hukuman hudud ini. Kebanyakan yang menolak adalah golongan yang sememangnya terlibat secara langsung dalam hukuman ini sebagai contoh homoseksual, atau orang yang tak faham tentang hukuman ini.
Kebanyakan masyarakat barat mengatakan bahawa hukuman ini berlawanan dengan hak asasi manusia. Ok, may I ask them, which one in the law in Islamic law have the statement offense the human rights? Tak pula aku jumpa. Adakah menghukum orang yang mencuri itu adalah tak bertepatan dengan human rights?  Adakah merejam orang yang berzina tak bertepatan dengan human rights?
Orang asyik fikir bahawa kalau potong tangan orang yang mencuri ni lama kelamaan ramailah umat Islam yang mencuri tak ada tangan. Sebagai future prosthetist, hal ini boleh menjadi income lebih untuk kami. Hehe.
Sebenarnya bukanlah potong tangan yang Islam mahukan. Tapi adalah pelajaran buat umat Islam tentang kesan buruk mencuri. Kalau semua orang diwar-warkan bahawa sesiapa mencuri akan dipotong tangan, agak-agaknya ada tak orang nak mencuri. Hanya pencuri berani mati yang akan mencuri.
Untuk kes zina, kalau orang yang berzina direjam, agak-agaknya masyarakat takut tak nak buat maksiat? Nak pandang awek hujung 20m kat depan pun takut. Ni nak pegang tangan. Kes anak luar nikah pun kurang dan insyAllah (dengan izin Allah) tak akan ada.
Untuk kes pembunuhan. Pembunuh boleh dikenakan hukuman bunuh jika sabit kesalahan. Sama macam undang-undang sivil. Tetapi yang paling indah untuk undang-undang Islam ialah, bagi pembunuh, keluarga si mati ada hak untuk menentukan sama ada nak biarkan pembunuh tu dihukum mati atau lepaskan bersyarat-e.g. bayaran denda kepada keluarga si mati. Mungkin dengan lepaskan dengan bersyarat, pembunuh akan insaf. Agak-agaknya masihkah undang-undang ini melanggar hak asasi manusia?
Kalau nak bandingkan dengan undang-undang sivil, undang-undang Islam lebih menjaga hak asasi manusia. Apa yang aku lihat di Malaysia kebanyakan yang menolak adalah golongan yang kurang didikan agama terutama pasal undang-undang Islam. Bukan faktor masa tak sesuai yang menentukan dan bukan sebab ramai yang menolak. Orang tolak sebab mereka tak faham. kalau pendedahan di buat ramai yang akan sokong. Ni tak, asyik-asyik parti b nak buat hudud, parti A tolak. Tak ada langsung penerangan kepada non-muslim tentang sistem hukuman ini dijalankan. Penat orang bayar Astro mahal-mahal tapi pelajaran tentang hudud tak ada. penat orang beli paper setiap hari semuanya berkisahkan parti yang sokong dan tolak hudud dan pendapat pemimpin A dan B.
Apa pula kes bagi orang islam yang tahu tentang undang-undang ini tapi masih tolak? Bagi aku, tak ada sebab yang kukuh untuk dia tolak undang-undang ini melainkan dia turut sama terjebak dalam melakukan maksiat-maksiat yang dikenakan hukuman dalam undang-undang Islam. Kalau dia mencuri, agak-agak relakah dia nak potong tangan bila hudud dilaksanakn? Bertambah kaya prosthetist ni kan? :)
Jadi kesimpulannya, hayati dan fahami dahulu tentang undang-undang Islam. Kata Islam, jangan nama je Islam tapi penghayatan sebagai seorang Islam tiada. Dan jangan jadi separuh islam ie: ikut separuh je berkaitan islam, yang lain tolak, e.g. solat 5 waktu, tapi main bola pakai seluar atas lutut. Bagi perempuan tak tutup aurat. InsyaAllah marilah kita sama-sama belajar tentang syariat yang Allah perintahkan kepada kita. Undang-undang Islam bukanlah angan-angan mat jenin tapi suatu kepastian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment