Assalamualaikum..
Malam ni seperti biasa aku dan roomate sebelum tidur akan berbincang tentang isu-isu semasa. Roomate aku ni jenis yang 1Malaysia dan aku sangat respect dengan dia.Banyak isu berkaitan muslim yang non-muslim tanya atau dalam kata lain adu.
Ada satu kisah yang seorang chinese girl ni beritahu. Ceritanya, satu hari, ayah Chinese girl ni bawa anjing dorang pergi jalan-jalan. Siapa yang tengok cerita Shin Chan fahamlah sebab mak Shin Chan selalu suruh anaknya tu bawak Shiro jalan-jalan. Sambung cerita, masa jalan-jalan tu, tiba-tiba anjing tu berhenti depan sebuah rumah ni dan menyalak tiba-tiba. Rumah orang melayu. Kebetulan dalam rumah tu ( maybe rumah teres dan berpagar) ada seorang budak. Budak tu menangis dan berlari masuk rumah. Standardlah budak kecil nangis bila tengok anjing. Aku masa dulu pun boleh menangis kalau tengok anjing kat tepi jalan. Tiba-tiba ibu kepada budak tu keluar dan maki hamun kat bapak chinese ni. Uncle tu pun minta maaf banyak kali tapi tak diendahkan. Habis dari A sampai Z ibu budak tu maki uncle tu. Dahlah uncle tu tua. Nak dijadikan cerita, tiba2, dari dalam rumah tu keluar bapak budak tu dengan penuh berlagak bawak keluar parang nak tetak uncle tu bersama anjing tu. Nasib baik ada jiran sebelah yang berjaya halang. Kalau tak apalah nasib anjing yang tak berdosa tu.
Bagi aku, aku rasa malu sangat bila situasi ni berlaku. Sebagai orang melayu yang beragama Islam, sepatutnya kita menghormati hak agama kaum lain kat Malaysia. Yang paling memalukan ialah ibu budak tu bertudung. Dia faham kewajipan menutup aurat tapi tak faham tentang islam keseluruhan. Islam tak suruh maki-maki orang. Dahlah orang tua. Ikutlah contoh tauladan Rasulullah S.A.W.. sedangkan baginda sendiri menghormati agama lain.
Orang sekarang buat isu dengan anjing. Asyik2 gaduh dengan non-muslim kutuk anjing. Aku tahu anjing ni haram untuk umat Islam. Tapi haramnya ada certain part je. Boleh je pegang kalau kering tangan kita dan bulu. Nak usap-usap pun boleh. Asalkan tak basah.
Isu kedua berkisahkan tentang seorang kawan roomate aku beragama hindu. Dalam agama Hinduism, mereka menghormati lembu sebagai tuhan or jelmaan tuhan (maaf aku pun tak tahu just serba sikit). Satu hari, dia beli makanan di kedai orang Melayu. Dia pesan nasi goreng TAK MAHU DAGING. Akhirnya pesanan dia sampai dan dibawa makana ke bilik. Amat mengecewakan nasi yang diminta ada daging. Lalu dia kembali ke kedai tersebut dan beritahu mak cik yang menjaga. Respon mak cik tu terhadap aduan indian girl ni bila aku dapat tahu, aku sendiri sedih. Mak cik tu suruh indian girl ni buang daging yang ada dan makan nasi tersebut. Tak payah susah-susah.
Ok, situasi ni mungkin ramai antara kita yang tak tahu. Cuba bayangkan kita as muslim dapat nasi dan ada daging babi kat dalamnya. Bila kita report, dan peniaga tu suruh buang daging babi tersebut dan makan nasi tersebut. Agak-agaknya apa reaksi kita? Paling koman pun masuk paper metro. Lesen menjual peniaga tersebut ditarik dan bla bla bla..
Berbalik kepada cerita indian girl ni. Last2 dia biarkan nasi tersebut kat kedai tersebut dan pergi kedai lain. Ni baru cerita pada satu malam. Belum lagi satu sem or 4 tahun belajar.
Teringat pada kisah seorang indian girl dalam kelas HE. Dia bercerita kisahnya sewaktu membeli burger. Dia minta burger ayam nak elakkan daging. Tapi yang sadisnya, burger ayam tersebut digoreng dalam minyak yang sama bersama-sama burger daging pembeli lain. Agak-agaknya kalau kita beli burger ayam dan peniaga tu goreng dengan minyak yang digoreng babi, kita makan tak? Rasanya, sentuh pun tak.
Panjang lebar aku tulis waktu tengah pagi ni. Harap-harap insan yang terdetik membaca tulisan aku ni dapat berfikir apa sebenarnya yang berlaku kat negara kita, dan berusaha memikirkan solusi. Satu lagi nasihat aku, lebih baik pegang babi daripada pegang species berlainan jantina.. sekian..
No comments:
Post a Comment