Tuesday, May 20, 2014

Makan Katak Itu

Assalamualaikum.

Pernah tak korang baca buku bertajuk "eat that frog?".
Catatan yang saya nak tulis hari ini berkaitan apa yang saya baca.
salah satu hobi yang tak mampu saya tinggalkan ialah membaca. memang dari sekolah rendah saya suka sangat pergi perpustakaan dan baca buku terutama pada waktu rehat. sampai sekarang minat tu masih lagi subur walaupun dah ada macam-macam barang elektronik yang memudahkan kita membaca buku. walaupun buka muka buku, hobi saya ialah membaca status page yang ada. terutamanya yang bagi manfaat.

buku yang bertajuk 'makan katak itu' ini banyak manfaat dari sudut positif jika kita berjaya memahaminya. buku ini memang bagus untuk saya dan anda2 yang suka buat kerja last minute. saya hanya akan menerangkan seimbas lalu tentang apa yang terkandung, jika nak baca, belilah buku ni. tak mahal cuma RM15 untuk semenanjung. dan semestinya halal dimakan. dibaca.

Mark Twain iaitu American author and humorist ada mencatatkan-
"sekiranya kamu perlu makan seekor katak setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara buruk yang mungkin berlaku pada hari itu".
berbalik kepada kisah katak, dalam buku ini katak dilambangkan sebagai tugasan yang penting yang perlu kita selesaikan. aku masih tertanya kenapa guna katak? kenapa tak guna ular ke? cicak ke? atau something else. mungkin sebab katak lebih mudah ditangkap kot. katak ialah binatang yang jijik dan meloyakan terutama bila kita kena makan katak tersebut.

jika kite kena dipaksa makan katak, selalunya kita akan tangguhkan dahulu. sama juga apabila kita diberi tugasan yang besar, semestinya kita akan cuba elakkan atau tangguh atau buat tugasan yang mudah.
peraturan yang kita kena ikut bila makan katak ialah:
1) kalau kena makan 2 ekor katak, makan yang paling hodoh dulu.
2) kalau kena makan katak hidup-hidup, makan dengan segera. tak perlu nak duduk dan merenung katak tu lama-lama.

untuk peraturan pertama, simboliknya bermaksud kalau diberi 2 tugasan dalam satu masa, kite kena selesaikan tugasan yang paling sukar dan penting dahulu. hal ini kerana tugasan yang mudah selalunya kurang penting dan hanya membuatkan kita buang masa sahaja.
 untuk peraturan ke2, kalau diberi tugasan tersebut, terus lakukan. tidak perlu tenung lama2 dan buang masa kerana tugasan itu tak akan berjalan jika kita hanya memandangnya.

kesimpulannya, buku ini banyak menyediakan tips-tips menarik sesuai untuk pekerja last minute atau sesiapa yang tak tahu bagaimana nak selesaikan satu tugasan yang kita anggap sukar dan sebenarnya sebaliknya. dan Alhamdulillah, walaupun saya baru baca 3 bab, tetapi saya berjaya mempraktikkan 3 bab yang saya baca untuk buat tugasan yang saya rasa leceh dan susah.

No comments:

Post a Comment