Thursday, April 24, 2014

Wo nyu pengyou (my girl friends)

Assalamualaikum wbt.

Kini aku nak tuliskan tentang rakan-rakan perempuan aku. oleh kerana aku tiada kawan rapat lelaki (yang aku kenal detail tentang tempat tinggal, bil. ahli keluarga, dll), jadi keseluruhan kawan-kawan yang aku ada ialah perempuan  dan takkan ada golongan yang ketiga.

Walaupun aku perempuan, tetapi aku pun pelik dengan perempuan ni. Selama aku kawan dengan mereka, terdapat beberapa golongan yang akan cuba aku elakkan.
1) golongan bijak pandai, cerdas, selalu dapat straight A untuk exam
2) golongan yang berlagak pandai dan tidak boleh terima pendapat orang lain.
3) pengikut kedua-dua golongan ini.

untuk golongan pertama, sebab utama yang menyebabkan aku tidak sukakan mereka sebab masa aku tadika dan darjah 1, aku dikelompokkan dengan golongan yang kurang pandai kononnya. jadi, budak-budak yang dikelaskan pandai akan menunjuk-nunjuk dan berusaha nak menguasai orang sekeliling. macam ketualah. jadi, pengalaman sewaktu aku tadika ialah, aku pernah bergaduh dengan dua orang budak dan terpaksa dibaikkan semula oleh cikgu tadika. masuk darjah 1 aku dikelaskan dengan budak yang aktif (kelas kurang pandai). tetapi masa ini aku bersyukur sebab tak payah nak jumpa mereka. masuk darjah 2 dan seterusnya aku terpaksa berdepan dengan mereka kembali. kedua-dua budak ni selalu jadi ketua kelas dan pengawas. pernah sekali secara sengaja salah seorang dari mereka tulis nama aku sebagai budak-budak yang bising dan laporkan kepada guru kelas. tetapi oleh sebab dia salah eja nama aku, aku tidak berdiri sewaktu cikgu panggil. cikgu pun boleh tergelak bila fikirkan tentang kesalahan ejaan tersebut.dan akhirnya, aku tak payah nak ketuk ketampi.

masuk sekolah menengah, pada mulanya aku bahagia dapat kawan-kawan yang boleh terima perangai aku seadanya. standardlah kalau pernah bergaduh. kes budak perempuan yang duduk asrama dan bergaduh dengan rakan yang berpengaruh natijahnya dia terpaksa makan seorang diri, pergi prep (study time) seorang diri, rehat seorang diri, dalam erti kata lain kena boikotlah. memang perasaan masa tu rasa bengang, malu dll. tapi kita tak dapat nak mengadu kat sesiapa.

masuk tingkatan 4 kawan-kawan yang selama ini aku hidup susah senang bersama, semuanya telah keluar. tinggallah aku dengan beberapa rakan yang aku tak pernah rapat. aku juga terpaksalah berkawan dengan golongan ke2. setiap cerita ada klimaksnya dan dalam cerita aku klimaksnya berlaku sewaktu tingkatan 4. waktu inilah belang yang selama ini ada kawanku(yang baik kononnya) tidak pernah tunjukkan terbongkar dan kawan yang aku tidak pernah berkawan (sebab selalu dengar benda-benda negatif tentang dia), adalah berbeza dari cerita asal ditunjukkan. dan masa ini kehidupan aku sangat sulit. keji caci dan macam-macam lagi aku terima je sampai F5. waktu F5 aku cuma fokus dengan SPM dan aku langsung tak ambil peduli tentang golongan 2. walaupun SPM aku cukup-cukup makan je akhirnya aku berjaya masuk ke Matrikulasi bersama dengan kawan perempuan aku yang selalu tolong aku susah senang masa sekolah dulu. golongan 2 aku tak nak ambil tahu tentang mereka.

masa matrikulasi adalah masa yang paling berharga kurniaan Ilahi bagi aku. di sini, aku menjumpai kawan-kawan yang bagi aku 1 dalam million. terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. terima kasih sebab bantu aku, teman aku sewaktu aku sedih atau gembira. Love them so much that's all i can say.

aku pernah masuk ke PLKN selepas aku tamat program matrikulasi. di sini, aku benyak berjumpa dengan golongan 2. dan surely aku tak suka situasi dan keadaan di sini. memang banyak konflik yang berlaku jika aku tidak sependapat dengan mereka. dan kini aku sedar sebenarnya aku jenis yang sukar terima pendapat orang lain dan hal ini menyebabkan golongan 2 jelek dengan aku. thanks to them.but i still can't understand, why this group if they meet someone superior than them, they will say the person want to be perfect. Please, no one is perfect except Muhammad S.A.W. yes, you can tell me something you are not agree at, but there is a way. not during the lunch time and you said you dislike me, and surely there is no mood for me to eat anymore. 0r during the peak hour, i rush to do something. or before the tournament.

kini, aku di universiti.aku kini matang dalam persahabatn kononnya. aku tahu siapa yang patut aku elak, siapa patut aku rapat.but no discrimination.memang tak dinafikan golongan 1 banyak di universiti tapi aku kini cuba fahami golongan sebegini. aku juga menjumpai kawan-kawan seperti di Matrikulasi. kawan-kawan yang rela tegur aku dengan cara yang baik bila aku silap, someone who guide me if i took the wrong road and someone who will held tightly my arm to avoid i falling down. My doa is I hope our friendships until jannah. I love you all because of Allah.

thats all from me.

No comments:

Post a Comment