Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjang umurku untuk menulis blog ini. entry yang aku cuba tuliskan ini lebih berkisar tentang diriku.
Aku sangat bersyukur tentang hidup yang telah Allah berikan kepadaku. Mempunyai keluarga yang lengkap, emak, ayah, 2 orang kakak dan seorang adik perempuan termasuklah diriku yang sememangnya perempuan menyebabkan aku kurang bergaul dengan mana-mana lelaki.
Seingat aku, semenjak aku tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah, aku langsung tidak mempunyai mana-mana kawan lelaki bukannya sebab aku sekolah perempuan tetapi memang perangaiku tidak betah dengan lelaki. mungkin kerana faktor keluargaku dan kawasan rumahku yang tidak ada lelaki sama baya denganku. malah aku tidak ada sepupu lelaki yang sama baya. oleh itu, aku selalu bergaduh dengan pelajar lelaki dalam kelasku mahupun kelas sebelah.
aku bukanlah seorang yang gangster atau jenis yang kasar. tetapi aku cukup pantang kalau ada orang yang kutuk keluargaku terutama ayahku. anak Mat Salehlah (nama ayah Md Salleh). penjual petailah. whatever they say, i'll automatically defense my family. memang tak nafikan keluargaku menjual petai masa aku kecik dulu. buat apa aku nak malu. itu pekerjaan yang halal. keluarga aku jual pun sebab memang hobi ayah aku berniaga walaupun ayah aku ni cikgu sekolah. tapi masa tu standardlah sebab kanak-kanak lagi. ini pengalaman waktu sekolah rendah.
sewaktu sekolah menengah, aku cuba bergaul dengan rakan sekelasku yang berlainan jantina. ok, fine. i can't. pernah sekali sewaktu aku tingkatan 4 aku pernah mengejar seorang pelajar kelas sebelah lelaki kerana buat sesuatu yang memalukan aku. tapi aku lupa detail kejadian masa tu. aku juga pernah menjerit marahkan seorang pelajar lelaki dari blok asramaku ke arah laluan pelajar lelaki. (sewaktu aku tulis ni, aku senyum sorang2 sebab rasa benda ni lucu walaupun tak lucu pun). sewaktu sekolah menengah aktiviti berpasangan or couple wujud, aku tidak pernah terlibat dengan aktiviti ini. dan kini aku sangat bersyukur.
masuk matrikulasi aku ingatkan perangaiku akan matang sikit. tetapi still sama. aku sukar nak berkolaborasi dengan mana-mana group yang ada pelajar lelaki. tetapi bukanlah semuanya. lelaki yang boleh aku berdepan ialah lelaki yang jenis berkawan dengan perempuan tetapi bukan yang mak nyah. dan bila time matrik nilah cinta pertama aku wujud.:)
kini, aku di universiti dan aku masuk ke bidang yang menjadi tumpuan lelaki: kejuruteraan. nak tak nak memang jumpa lelaki. aku berjaya survive dengan kondisi ini dan bekerjasama dengan pelajar lelaki tetapi batasan agama menjaga aku dari berkawan rapat dengan mana-mana lelaki. My first love story also ended this time in university.
Maaf kepada mana-mana kawan sekolah lelaki aku yang pernah kena marah dengan aku, kena baling barang etc. tapi pelik bin ajaib, setiap kali aku marah, mereka ni lagi kuat kenakan aku. tapi perkara ni merupakan salah satu kenangan manis aku sewaktu sekolah dulu. thanks a lot you lighten my life story.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment