Assalamu'alaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dengan izin rahmat kurniaNya hati ini telah terbuka untuk menulis blog yang telah lama diusahakan. walaupun berbagai idea cuba aku lontarkan untuk ditulis ke dalam blog ini namun semuanya dibuang kerana takutkan pandangan manusia.
Setelah berfikir lebih setahun akhirnya aku berjaya menguatkan mental untuk menulis dan meluahkan apa-apa yang terbuku dari segenap ruang hidupku. Penulisan yang aku taipkan semuanya adalah berkaitan dengan pembacaanku, pelajaranku, pemikiranku dan berkaitan dengan hidupku. hal ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Diharap apa yang aku tulis dapat aku jadikan pengajaran dan pelajaran kepada orang yang dahagakan ilmu termasuklah diriku dan bukanlah sesuatu yang lagha dan menghabiskan masaku dan masa pembacanya.
That's all from me.. TQ
No comments:
Post a Comment