Assalamualaikum Wbt.
siapa pernah dengar tentang Prostetik dan ortotik?
mcam pelik je nama dia kan? apa benda ni?
ok, let me explain a little bit about this weird word.
Prostetik ialah satu alatan yang digunakan untuk menggantikan anggota badan yang hilang dalam perkataan lain ialah kaki atau tangan palsu. kebanyakan orang yang gunakan prostetik ini adalah golongan yang terlibat dengan kemalangan untuk bahagian tangan dan kencing manis untuk bahagian kaki.
manakala ortotik ialah alatan yang digunakan untuk membetulkan kecacatan, mengurangkan pergerakan yang disebabkan kecacatan, membantu pergerakan untuk kawasan yang disebabkan kecacatan atau menghalang daripada berlakunya pergerakan di kawasan yang cacat.
gambar ini adalah untuk AFO- ankle foot orthosis(ortosis kaki buku lali)
gambar ni pula adalah pelapik kaki atau nama englishnya insoles.
program prostetik dan ortotik ini sebenarnya masih baru di Malaysia secara umumnya. ia hanya ditawarkan di Universiti Malaya dalam fakulti kejuruteraan. nama penuh program ini adalah Kejuruteraan Biomedical Prostetik dan Ortotik.
berikut adalah link yang menunjukkan bidang prostetik dan ortotik di UM
anggota bionik Um diiktiraf dunia
sekian..
No comments:
Post a Comment