Tuesday, May 20, 2014

Makan Katak Itu

Assalamualaikum.

Pernah tak korang baca buku bertajuk "eat that frog?".
Catatan yang saya nak tulis hari ini berkaitan apa yang saya baca.
salah satu hobi yang tak mampu saya tinggalkan ialah membaca. memang dari sekolah rendah saya suka sangat pergi perpustakaan dan baca buku terutama pada waktu rehat. sampai sekarang minat tu masih lagi subur walaupun dah ada macam-macam barang elektronik yang memudahkan kita membaca buku. walaupun buka muka buku, hobi saya ialah membaca status page yang ada. terutamanya yang bagi manfaat.

buku yang bertajuk 'makan katak itu' ini banyak manfaat dari sudut positif jika kita berjaya memahaminya. buku ini memang bagus untuk saya dan anda2 yang suka buat kerja last minute. saya hanya akan menerangkan seimbas lalu tentang apa yang terkandung, jika nak baca, belilah buku ni. tak mahal cuma RM15 untuk semenanjung. dan semestinya halal dimakan. dibaca.

Mark Twain iaitu American author and humorist ada mencatatkan-
"sekiranya kamu perlu makan seekor katak setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara buruk yang mungkin berlaku pada hari itu".
berbalik kepada kisah katak, dalam buku ini katak dilambangkan sebagai tugasan yang penting yang perlu kita selesaikan. aku masih tertanya kenapa guna katak? kenapa tak guna ular ke? cicak ke? atau something else. mungkin sebab katak lebih mudah ditangkap kot. katak ialah binatang yang jijik dan meloyakan terutama bila kita kena makan katak tersebut.

jika kite kena dipaksa makan katak, selalunya kita akan tangguhkan dahulu. sama juga apabila kita diberi tugasan yang besar, semestinya kita akan cuba elakkan atau tangguh atau buat tugasan yang mudah.
peraturan yang kita kena ikut bila makan katak ialah:
1) kalau kena makan 2 ekor katak, makan yang paling hodoh dulu.
2) kalau kena makan katak hidup-hidup, makan dengan segera. tak perlu nak duduk dan merenung katak tu lama-lama.

untuk peraturan pertama, simboliknya bermaksud kalau diberi 2 tugasan dalam satu masa, kite kena selesaikan tugasan yang paling sukar dan penting dahulu. hal ini kerana tugasan yang mudah selalunya kurang penting dan hanya membuatkan kita buang masa sahaja.
 untuk peraturan ke2, kalau diberi tugasan tersebut, terus lakukan. tidak perlu tenung lama2 dan buang masa kerana tugasan itu tak akan berjalan jika kita hanya memandangnya.

kesimpulannya, buku ini banyak menyediakan tips-tips menarik sesuai untuk pekerja last minute atau sesiapa yang tak tahu bagaimana nak selesaikan satu tugasan yang kita anggap sukar dan sebenarnya sebaliknya. dan Alhamdulillah, walaupun saya baru baca 3 bab, tetapi saya berjaya mempraktikkan 3 bab yang saya baca untuk buat tugasan yang saya rasa leceh dan susah.

Thursday, May 8, 2014

Hudud?

Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin berbincang serba sedikit tentang undang-undang hudud. Buat pengetahuan pembaca sebenarnya hudud tiada di dalam al-quran tetapi terdapat banyak ayat al-quran yang berkisarkan undang-undang syariah. Yang banyak ialah tentang qisas. Hudud merupakan salah satu cabang dalam bidang hukuman jenayah syariah. (Sila betulkan jika saya salah).
Sebab tu Tun Mahathir menolak hukum hudud dan mengatakan bahawa ia tak ada dalam al-Quran.
Dalam surah al-Baqarah ayat 178 misalnya, ada ayat tulis tentang kewajipan melaksanakan qisas. Surah al-Maidah ayat 45 dan seterusnya. Dan ini menjadi bukti bahawa sebagai orang yang beriman, Islamic law ini memang wajib ditegakkan.
Dapat kita lihat kecoh media massa apabila kerajaan Brunei akan mrlaksanakan hukum hudud. Banyak respons yang diterima. As usual, yang menyokong adalah orang-orang yang faham tentang significant hukuman hudud ini. Kebanyakan yang menolak adalah golongan yang sememangnya terlibat secara langsung dalam hukuman ini sebagai contoh homoseksual, atau orang yang tak faham tentang hukuman ini.
Kebanyakan masyarakat barat mengatakan bahawa hukuman ini berlawanan dengan hak asasi manusia. Ok, may I ask them, which one in the law in Islamic law have the statement offense the human rights? Tak pula aku jumpa. Adakah menghukum orang yang mencuri itu adalah tak bertepatan dengan human rights?  Adakah merejam orang yang berzina tak bertepatan dengan human rights?
Orang asyik fikir bahawa kalau potong tangan orang yang mencuri ni lama kelamaan ramailah umat Islam yang mencuri tak ada tangan. Sebagai future prosthetist, hal ini boleh menjadi income lebih untuk kami. Hehe.
Sebenarnya bukanlah potong tangan yang Islam mahukan. Tapi adalah pelajaran buat umat Islam tentang kesan buruk mencuri. Kalau semua orang diwar-warkan bahawa sesiapa mencuri akan dipotong tangan, agak-agaknya ada tak orang nak mencuri. Hanya pencuri berani mati yang akan mencuri.
Untuk kes zina, kalau orang yang berzina direjam, agak-agaknya masyarakat takut tak nak buat maksiat? Nak pandang awek hujung 20m kat depan pun takut. Ni nak pegang tangan. Kes anak luar nikah pun kurang dan insyAllah (dengan izin Allah) tak akan ada.
Untuk kes pembunuhan. Pembunuh boleh dikenakan hukuman bunuh jika sabit kesalahan. Sama macam undang-undang sivil. Tetapi yang paling indah untuk undang-undang Islam ialah, bagi pembunuh, keluarga si mati ada hak untuk menentukan sama ada nak biarkan pembunuh tu dihukum mati atau lepaskan bersyarat-e.g. bayaran denda kepada keluarga si mati. Mungkin dengan lepaskan dengan bersyarat, pembunuh akan insaf. Agak-agaknya masihkah undang-undang ini melanggar hak asasi manusia?
Kalau nak bandingkan dengan undang-undang sivil, undang-undang Islam lebih menjaga hak asasi manusia. Apa yang aku lihat di Malaysia kebanyakan yang menolak adalah golongan yang kurang didikan agama terutama pasal undang-undang Islam. Bukan faktor masa tak sesuai yang menentukan dan bukan sebab ramai yang menolak. Orang tolak sebab mereka tak faham. kalau pendedahan di buat ramai yang akan sokong. Ni tak, asyik-asyik parti b nak buat hudud, parti A tolak. Tak ada langsung penerangan kepada non-muslim tentang sistem hukuman ini dijalankan. Penat orang bayar Astro mahal-mahal tapi pelajaran tentang hudud tak ada. penat orang beli paper setiap hari semuanya berkisahkan parti yang sokong dan tolak hudud dan pendapat pemimpin A dan B.
Apa pula kes bagi orang islam yang tahu tentang undang-undang ini tapi masih tolak? Bagi aku, tak ada sebab yang kukuh untuk dia tolak undang-undang ini melainkan dia turut sama terjebak dalam melakukan maksiat-maksiat yang dikenakan hukuman dalam undang-undang Islam. Kalau dia mencuri, agak-agak relakah dia nak potong tangan bila hudud dilaksanakn? Bertambah kaya prosthetist ni kan? :)
Jadi kesimpulannya, hayati dan fahami dahulu tentang undang-undang Islam. Kata Islam, jangan nama je Islam tapi penghayatan sebagai seorang Islam tiada. Dan jangan jadi separuh islam ie: ikut separuh je berkaitan islam, yang lain tolak, e.g. solat 5 waktu, tapi main bola pakai seluar atas lutut. Bagi perempuan tak tutup aurat. InsyaAllah marilah kita sama-sama belajar tentang syariat yang Allah perintahkan kepada kita. Undang-undang Islam bukanlah angan-angan mat jenin tapi suatu kepastian. Wassalam.

Tuesday, May 6, 2014

Salah siapa? Agama, kaum or masyarakat?

Assalamualaikum..

Malam ni seperti biasa aku dan roomate sebelum tidur akan berbincang tentang isu-isu semasa. Roomate aku ni jenis yang 1Malaysia dan aku sangat respect dengan dia.Banyak isu berkaitan muslim yang non-muslim tanya atau dalam kata lain adu.
Ada satu kisah yang seorang chinese girl ni beritahu. Ceritanya, satu hari, ayah Chinese girl ni bawa anjing dorang pergi jalan-jalan. Siapa yang tengok cerita Shin Chan fahamlah sebab mak Shin Chan selalu suruh anaknya tu bawak Shiro jalan-jalan. Sambung cerita, masa jalan-jalan tu, tiba-tiba anjing tu berhenti depan sebuah rumah ni dan menyalak tiba-tiba. Rumah orang melayu. Kebetulan dalam rumah tu ( maybe rumah teres dan berpagar) ada seorang budak. Budak tu menangis dan berlari masuk rumah. Standardlah budak kecil nangis bila tengok anjing. Aku masa dulu pun boleh menangis kalau tengok anjing kat tepi jalan. Tiba-tiba ibu kepada budak tu keluar dan maki hamun kat bapak chinese ni. Uncle tu pun minta maaf banyak kali tapi tak diendahkan. Habis dari A sampai Z ibu budak tu maki uncle tu. Dahlah uncle tu tua. Nak dijadikan cerita, tiba2, dari dalam rumah tu keluar bapak budak tu dengan penuh berlagak bawak keluar parang nak tetak uncle tu bersama anjing tu. Nasib baik ada jiran sebelah yang berjaya halang. Kalau tak apalah nasib anjing yang tak berdosa tu.
Bagi aku, aku rasa malu sangat bila situasi ni berlaku. Sebagai orang melayu yang beragama Islam,  sepatutnya kita menghormati hak agama kaum lain kat Malaysia.  Yang paling memalukan ialah ibu budak tu bertudung. Dia faham kewajipan menutup aurat tapi tak faham tentang islam keseluruhan. Islam tak suruh maki-maki orang. Dahlah orang tua. Ikutlah contoh tauladan Rasulullah S.A.W.. sedangkan baginda sendiri menghormati agama lain.
Orang sekarang buat isu dengan anjing. Asyik2 gaduh dengan non-muslim kutuk anjing. Aku tahu anjing ni haram untuk umat Islam. Tapi haramnya ada certain part je. Boleh je pegang kalau kering tangan kita dan bulu. Nak usap-usap pun boleh. Asalkan tak basah.
Isu kedua berkisahkan tentang seorang kawan roomate aku beragama hindu. Dalam agama Hinduism, mereka menghormati lembu sebagai tuhan or jelmaan tuhan (maaf aku pun tak tahu just serba sikit). Satu hari, dia beli makanan di kedai orang Melayu. Dia pesan nasi goreng TAK MAHU DAGING. Akhirnya pesanan dia sampai dan dibawa makana ke bilik. Amat mengecewakan nasi yang diminta ada daging. Lalu dia kembali ke kedai tersebut dan beritahu mak cik yang menjaga. Respon mak cik tu terhadap aduan indian girl ni bila aku dapat tahu, aku sendiri sedih. Mak cik tu suruh indian girl ni buang daging yang ada dan makan nasi tersebut. Tak payah susah-susah.
Ok, situasi ni mungkin ramai antara kita yang tak tahu. Cuba bayangkan kita as muslim dapat nasi dan ada daging babi kat dalamnya. Bila kita report, dan peniaga tu suruh buang daging babi tersebut dan makan nasi tersebut. Agak-agaknya apa reaksi kita? Paling koman pun masuk paper metro. Lesen menjual peniaga tersebut ditarik dan bla bla bla..
Berbalik kepada cerita indian girl ni. Last2 dia biarkan nasi tersebut kat kedai tersebut dan pergi kedai lain. Ni baru cerita pada satu malam. Belum lagi satu sem or 4 tahun belajar.
Teringat pada kisah seorang indian girl dalam kelas HE. Dia bercerita kisahnya sewaktu membeli burger. Dia minta burger ayam nak elakkan daging. Tapi yang sadisnya, burger ayam tersebut digoreng dalam minyak yang sama bersama-sama burger daging pembeli lain. Agak-agaknya kalau kita beli burger ayam dan peniaga tu goreng dengan minyak yang digoreng babi, kita makan tak? Rasanya, sentuh pun tak.
Panjang lebar aku tulis waktu tengah pagi ni. Harap-harap insan yang terdetik membaca tulisan aku ni dapat berfikir apa sebenarnya yang berlaku kat negara kita, dan berusaha memikirkan solusi. Satu lagi nasihat aku, lebih baik pegang babi daripada pegang species berlainan jantina..  sekian..

Obomba

Hari ni obama datang UM,  Aku sebenarnya agak confuse mengapa dia beria2 nk datang. Bukan ada apa2 yg best kat sini pun.

Dia datang, kami yang terseksa sebenarnya.  Pintu ditutup, hanya satu dibuka itupun jauh kat hujung dunia dan dikawal ketat. Banyak jalan ditutup, nak tak nak terpaksa guna jalan jauh. Siapa yang bawa motor terpaksalah bawa motor guna jalan jauh dan aku tak pasti apa akan jadi kalau tiba2 motor tu habis minyak. Mana boleh keluar nak isi minyak.  Kami tidak digalakkan keluar jalan-jalan sekitar UM. Kalau nak keluar sangat kena bawa IC dan kad matrik.

Banyak Kafe ditutup sejak hari Sabtu. Nasib baik bukan dikawasan kolej aku. Tapi aku kasihan dengar rungutan kawan2 aku yang kafe kolej mereka tutup. Kalau ada pun cuma satu dua yang buka.

Semua program yang dah lama dirancang kena tangguh dulu. Bayangkan bertungkus lumus AJK program tersebut nak uruskan program tersebut. Nak cari dana, penaja dll. Sekali program kena tangguh, kalau penaja tarik dana yang nak diberi macam mana?

Ok, pagi ni aku bangun tiba2 takda wifi. Memang best sangat hidup kalau tak boleh keluar kolej, makan pun macam ada takda pun, wifi takda. Yang paling sadis ialah roomate pun takda. Dia balik rumah pakcik. Habis, aku nak cakap dengan sape?

Fine, mereka sebenarnya nak suruh aku study kat bilik senyap2. Tiba2 teringat minggu depan ada assignment dan test yang kena study. Btw, thanks to the people who involve to make UM students suffer in the same time, you make me have a good thing to do today i.e. study and do assignments.

To US president,  tak cukup lagi ke nak buat penduduk Palestin terseksa macam prisoner and now you want make us like that too. Kalau nak sangat datang, takda sape larang tapi datanglah waktu cuti semester ke.

Sorry, to the readers sebab kena baca rungutan aku.

Saturday, April 26, 2014

Letter for the mr. F..


Dear you,
Do you know that I like to see you?
You're wearing black coat with a white long sleeve shirt inside.
You brings a guitar suit at your back.. with your long hair you tie it smartly and I saw you are the man for the day..
You are playing guitar with your long fingers..
Sorry, I secretly see you with or without you notice..
But one time our eyes meet and I feel the trembling inside my heart..
I try to smile at you but I give up and trying look at another place..
Finally, I can just look at you from the side.

Dear mr. F,
One day in the class,
Our distance is the close ever I feel..
I can easily touch your hair because I'm above you on the lecture hall, but I'm not,
You sit with your friend in front of me..
That time, I'm trying to find the reason why I need to like you,
And until now, I don't find any..

Dear you,
Sorry, because this night I can't smile at you.
I can only look at you secretly..
I don't want you to know what I feel.
I will just keep my feeling inside.

Dear Allah,
If he the one for me, please keep his heart for me only..
If he is the one, please make my love become true.
If he love me, I will try to love him more..
But,
If he is not the one You create for me, please calm my heart..
Please give me the love from the right person only,
Please erase all the memories toward him eventough I will feel the greatest pain..

But I hope, he is the only one for me..

Sincerely, 
The person who secretely love you.. mr. F

Friday, April 25, 2014

Sis grade

Assalamualaikum wbt.

Hari ini bertepatan 26/4/2014, kakak sulung aku graduasi untuk program Master di USM. Aku gembira sangat sebab adik- beradikku semuanya berjaya menjejakkan kaki ke Universiti.

Walaupun begitu, sedikit terkilan di hati bila aku tidak dapat ikut bersama pergi meraikan majlis graduasi yang berlangsung di sana. Dahlah masa ijazah dulu aku tak dapat ikut sebab ada lab praktikal ganti. Hari ni pula tak dapat nak join sebab ada kelas ganti dan malam ni dinner department.

Maaf kakakku sayang. Insyaallah bila k.ya ambil PhD baru ema dapat datang. Amin.

MATB 2013/14

Assalamualaikum wbt.

Semalam telah berlangsung malam anugerah tuanku bahiyah(MATB) di Pullman Hotel, Bangsar.. ala yang depan UM tu.

Bagi aku keseluruhan event memuaskan berbanding tahun lepas. Rata2 senior aku berpuas hati dengan event ini. Tahniah untuk AJK pelaksana program.

Berikut merupakan koleksi gambar2 yg diambil menggunakan kamera orang.

with my floormateMacam sopan aje. Bak kata roomate.
with my classmate n hostelmate
My beloved roomate.
 
Semua gambar ni telah ditapis terlebih dahulu. Mana yang aku rasa lawa, aku ambil. 
Malam ni cerita lain. Dinner department untuk kejuruteraan bioperubatan UM pula.